FAQ - Frequently Asked Questions
How many devices can I purchase from GrabFinance Smartphone Promotion?
Each Driver-Partner is entitled to purchase only one (1) smartphone in this offer and the voucher
code is valid for one (1) time use only. However, you can purchase add-on accessories as many as
you want.
How to complete the purchase?
Proceed to input voucher code sent by Grab to make payment for the smartphone selected. Any excess payment including delivery fee is to be paid via online banking during Checkout.
How to make payment for the smartphone purchased?
Grab will proceed to perform daily deduction of the voucher amount via Grab Driver’s Cash/Credit wallet, within 1 week after you have completed the purchase on the website.
Are the products genuine/original?
All products listed in this website are 100% authentic items from the certified partners and distributors of the brands.
How long does it take for my item to be delivered after order is confirmed?
Order will be shipped after a verification. Normal estimated time of arrival (ETA) is between 1 to 7 working days which is subject to the courier company policy.
Can I change the delivery address of my order?
Please contact us for the change of delivery address. However, change of delivery address is only permitted if the order has not been shipped out.
Partner’s Contact Details:
One World Marketing Sdn Bhd
No 149A, First Floor, 1.5 miles, Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor
017-2119995/016-2112562
Email: customercare@oneworld-solutions.com
Can I request a specific date or time slot for my delivery to arrive?
We are not able to control the specific arrival time for your items but you may contact the courier service which handles your parcel for further support.
How long is the warranty coverage?
All products come with a 1-year limited warranty which covers manufacturing defects. You can refer to the official warranty details through the brand’s warranty policy. Free gifts are not covered by warranty.
How to claim warranty if my smartphone has a defect?
Please visit the selected Samsung Service Centre for any manufacturing defects. Warranty is not valid if:
i) Warranty card has been altered, defaced or erased
ii) Physical damages (dent, crack, scratch and etc)
iii) Spillage of food or liquids
iv) Corrosion, rusting or stains on any part of the device
v) Attempted repair by any party other than authorised technician
vi) Damages due to natural disaster or human error
vii) And other events as mentioned in Samsung’s warranty policy
Can I modify or 'root' the smartphone?
You are not allowed to modify or ‘root’ and download any applications that are illegal or not approved by the application store that will interfere with the safety and security of the smartphone. It will void the warranty of your smartphone.
Is it possible to cancel the order?
You are not allowed to cancel, revoke or withdraw your participation in this Offer once you have received notification from us that your application is successful.
Can I return the product if I am not satisfied?
The product is not returnable after the order is received. If there is a defect on the device, please contact Samsung service centre for service.
Why is the colour of the device seemed different from the picture although I have chosen the exact colour that I want?
All photos and colours of products are for illustration purposes only. We are not able to guarantee that the colour you see on the monitor reflects the true colour of the product.
What do I do when I receive the wrong/damaged items?
Please contact us for further information and investigation.
Contact Details:
One World Marketing Sdn Bhd
No 149A, First Floor, 1.5 miles, Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor
017-2119995/016-2112562
Email: customercare@oneworld-solutions.com
Soalan Lazim
Berapa banyak peranti yang boleh saya beli dari Promosi Telefon Pintar GrabFinance?
Setiap Rakan-Pemandu boleh membeli hanya satu (1) telefon pintar dalam tawaran ini dan kod baucar adalah sah untuk satu (1) kali penggunaan sahaja. Walau bagaimanapun, anda juga boleh membeli aksesori tambahan sebanyak yang anda mahukan.
Cara membuat pembelian?
Anda boleh teruskan pembayaran dengan memasukkan kod baucar yang diberikan Grab untuk membeli telefon pintar yang dipilih. Sebarang lebihan pembayaran termasuk caj penghantaran boleh dibayar melalui perbankan dalam talian semasa Mendaftar Keluar.
Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran bagi telefon pintar yang dibeli?
Grab akan melakukan pemotongan harian bagi jumlah baucar dari dompet Tunai/Kredit Pemandu Grab, dalam masa seminggu selepas anda membuat pembelian di laman web.
Adakah produk ini asli / original?
Semua produk yang disenaraikan dalam laman web ini adalah 100% asli dari rakan kongsi dan pengedar Samsung yang disahkan.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk produk saya dihantar setelah pesanan disahkan?
Pesanan akan dihantar selepas pengesahan. Anda akan menerima produk dalam masa 1 hingga 7 hari bekerja tertakluk pada polisi syarikat kurier.
Bolehkah saya menukar alamat penghantaran pesanan saya?
Sila hubungi kami untuk pertukaran alamat penghantaran. Walau bagaimanapun, pertukaran alamat penghantaran hanya dibenarkan jika pesanan belum dihantar.
Maklumat Rakan-Kongsi:
One World Marketing Sdn Bhd
No 149A, First Floor, 1.5 miles, Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor
017-2119995/016-2112562
Email: customercare@oneworld-solutions.com
Bolehkah saya meminta tarikh atau waktu tertentu untuk penghantaran saya tiba?
Kami tidak dapat mengawal waktu ketibaan barang anda tetapi anda boleh menghubungi perkhidmatan kurier yang mengendalikan bungkusan anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.
Berapa lamakah tempoh jaminan?
Semua produk dilengkapi dengan jaminan terhad 1 tahun yang merangkumi kecacatan pembuatan. Anda boleh merujuk kepada perincian jaminan rasmi melalui polisi jaminan Samsung. Hadiah percuma adalah tidak termasuk di bawah jaminan.
Cara menuntut jaminan sekiranya telefon pintar saya mengalami kecacatan atau kerosakan?
Sila kunjungi Pusat Servis Samsung yang terpilih untuk sebarang kecacatan atau kerosakan pembuatan. Jaminan tidak sah sekiranya:
i) Kad jaminan telah diubah, dirosakkan atau dipadamkan
ii) Kerosakan fizikal (lekuk, retak, calar dan lain-lain)
iii) Tumpahan makanan atau cecair
iv) Hakisan, karat atau kesan kotor pada mana-mana bahagian peranti
v) Percubaan pembaikan dilakukan oleh mana-mana pihak selain juruteknik yang
dibenarkan
vi) Kerosakan akibat bencana alam atau kesalahan manusia
vii) Dan lain-lain seperti yang disebutkan dalam polisi jaminan Samsung
Bolehkah saya mengubah suai atau 'root' telefon pintar?
Anda tidak boleh mengubah atau ‘root’ dan memuat turun aplikasi yang tidak sah atau tidak terdapat dalam Play Store yang akan mengganggu keselamatan telefon pintar. Ini akan membatalkan jaminan telefon pintar anda.
Adakah saya boleh membatalkan pesanan?
Anda tidak dibenarkan untuk membatal, mencabut atau menarik balik penyertaan anda dalam Tawaran ini setelah anda menerima pemberitahuan dari kami bahawa permohonan anda berjaya.
Bolehkah saya mengembalikan produk sekiranya saya tidak berpuas hati?
Anda tidak dibenarkan untuk mengembalikan produk setelah pesanan diterima. Sekiranya terdapat kerosakan atau kecacatan pada peranti, sila hubungi pusat servis Samsung untuk proses pembaikan.
Mengapakah warna peranti kelihatan berbeza daripada gambar walaupun saya telah memilih warna yang sama yang saya mahukan?
Semua gambar dan warna produk hanya untuk ilustrasi sahaja. Kami tidak dapat menjamin bahawa warna yang anda lihat di skrin mencerminkan warna sebenar produk.
Apa yang perlu saya lakukan apabila menerima barang yang salah / rosak?
Sila hubungi kami untuk maklumat dan siasatan yang lebih lanjut.
Maklumat:
One World Marketing Sdn Bhd
No 149A, First Floor, 1.5 miles, Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor
017-2119995/016-2112562
Email: customercare@oneworld-solutions.com